Loloq Meninggal Dunia
Loloq meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara, hari ini.
PETALING JAYA 30 Jan. - Penulis lirik terkenal, Loloq atau nama sebenarnya Rosli Khamis meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara, di sini hari ini.
Penulis lirik yang berasal dari Singapura itu meninggal dunia pada pukul 1.37 petang akibat pendarahan otak.
Isk, macam tak percaya Loloq dah tiada. Korang tentu tahu siapa dia ni kan, nama yang dah memang sebati dengan kumpulan Spider dan nama-nama terkemuka artis kat Malaysia ni. Kali terakhir aku nengok dia ni berlakon, dalam cerita Zombi Kambung Pisang. Orang cakap, harimau mati tinggalkan belang, manusia mati tinggalkan nama. Begitu jugalah dengan Loloq, pemergiannya meniggalkan seribu lirik-lirik indah yang akan terus menusuk kalbu kita. Sedekahkan al-Fatihah kepada arwah, semoga ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman.
Post a Comment